Sunday, 27 December 2015
Lokasi Kami
mpire Global Marketing telah mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2010 di Papar Sabah, berbagai cabaran menguji kekuatan mental dan fizikal. Bak kata pepatah genggam bara api biar sampai menjadi abu, tekad memperjuangkan industri gaharu demi mendapatkan rezki yang halal disamping membantu menjana sumber pendapatan ekonomi luar bandar. Kini cabaran industri gaharu semakin dinamik, kekurangan modal, permasalahan pengurusan nursery, penjagaan dan penanaman adakalanya menjadi momok penghalang sebuah kejayaan. Semua permasalahan ini harus diketepikan, Insya Allah tahun 2015 melalui "Bench Mark" baru syarikat, setiap pelaksanaan program yang telah dirangka akan memberi "value outcomes" yang terbaik kepada pelanggan. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pelanggan yang setia. Sekian Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan.
Latar Belakang Empire Global Marketing
Sumber pendapatan hasil jualan teras gaharu bermula sejak arwah ayah di era tahun 50an, pada waktu itu sumber pokok gaharu liar mudah ditemui di sekitar kawasan hutan kampung Bamban daerah Tenom. Masih segar dalam ingatan saya pada tahun 70an harga teras gaharu telah pun mencecah nilai ribuan ringgit, ayah saya pernah dikunjungi oleh taukeh berbangsa Cina, membawa wang tunai RM 5,000.00, mengatakan wang tersebut sebagai saguhati agar ayah saya dapat membekalkan teras gaharu kepada mereka. Namun itu semua telah menjadi nostalgia, sejak pemergian ayah usaha ini tidak lagi diteruskan dan digantikan kepada pertanian komersial yang lain.
Bibit gaharu asli
Percambahan Biji benih berkualiti asli (boleh dilihat berwarna coklat) spesis Alquilaria Malaccensis berumur 4 bulan, sepanjang tempoh pembesaran seperti ini memerlukan penjagaan yang rapi tanpa menggunakan racun bahan kimia.
Harga Jualan Pokok Gaharu
Bil
|
Ketinggian Pokok
( Kaki )
|
Harga (RM)
|
01.
|
½
|
6.00
|
02.
|
1
|
8.00
|
03.
|
1½
|
10.00
|
04.
|
2
|
15.00
|
05.
|
2½
|
20.00
|
06.
|
3
|
25.00
|
3 Langkah Asas Menanam Pokok Gaharu
- Peringkat permulaan, tanah dibersihkan dan digemburkan. Untuk seekar tanah, jarak sesuai 6 kaki x 6 kaki membolehkan sebanyak 1000-1200 pokok.
- Jarak lubang ditanda sebelum proses penggalian. Lubang digali berdiameter 0.5m dan pada tahap kedalaman 0.5m. Baja kompos organik digunakan untuk membantu mempercepatkan pembesaran anak karas.Kaedah penyiraman adalah secara titisan melalui polypaip yang dipasang bagi menjaga kelembapan tanah.
- Semakin besar anak pokok, penjagaan semakin berkurangan. Elakkan penggunaan baja yang terlalu kerap kerana pokok yang terlalu subur akan mengurangkan hasil gaharu.
Gaharu No.1 Di Dunia Aquilaria Malaccensis
Gaharu berasal dari perkataan sanskrit iaitu 'agaru' yang bermaksud kayu berat (tenggelam) pokok ini mengeluarkan damar atau resin yang mempunyai aroma yang sangat harum apabila dibakar. Gaharu dikenali dengan lebih dari 20 nama seperti agaru, aloewood, agar wood, eagle wood, chen xiang, oud dan lain-lain. Tetapi lebih dikenali dipasaran adalah agarwood, aloewood atau eagle wood. Di negara-negara Asian terdapat lebih kurang 15 spesis gaharu yang dikenali, tetapi yang paling popular berkaitan dengan gaharu adalah spesis Aquilaria malaccensis, daripada famili Thymeleaceae.
Aquilaria malaccensis merupakan spesis yang sangat ideal ditanam di Malaysia, di Sabah penanam plot gaharu telah mula dilaksanakan pada tahun 1990 oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sabah. Hasil penyelidikan sepanjang tempoh 17 tahun, spesis ini telah mencapai ketinggian 13.58 meter dengan diameter 19.94 cm. Diameter ukur lilit direkodkan sepanjang 1.25 cm dan ketinggian telah mencapai 0.85 meter per tahun.
Gaharu juga dikenali sebagai “Black Gold” salah satu pokok yang termahal didunia, bagi masyarakat China mempercayai dengan memeluk pokok gaharu akan membawa tuah kepada mereka kerana wangian pokok gaharu adalah wangian daripada syurga, manakala dalam perubatan Islam, kayu gaharu dikatakan mampu mengubati banyak penyakit seperti sakit kerongkong, demam campak, penyakit kuning dan sebagainya.
Resin yang dihasilkan oleh pokok Aquilaria malaccensis mempunyai pelbagai kegunaan dan memiliki tambah nilai yang tinggi. Secara tradisional gaharu digunakan untuk pati minyak wangi atau upacara keagamaan, namun kini hasil daripada R&D yang dilakukan, setiap bahagian pokok gaharu memiliki khasiat yang luar biasa, daun gaharu yang diekstrak diproses menjadi minuman berkhasiat dalam memulihkan stress, sembelit, mengurangkan kolestrol, sukar tidur (insomnia) dan anti oksidan.
Potensi gaharu pada masa akan datang amat cerah berdasarkan statistik eksport Malaysia pada tahun 2013, nilai eksport bagi produk Karas dan Gaharu mencatat RM 23.32 juta. RM 20.8 juta adalah daripada produk Gaharu berupa woodchips/woodblock dan Pati Minyak Gaharu sebanyak RM2.25 juta. Manakala dalam nilai isipadu pada tahun 2013 berjumlah 199,583 kilogram menunjukkan penurunan sebanyak 0.2 peratus berbanding tahun 2012 dengan jumlah 199,999 kilogram. Walaupun terdapat penurunan jumlah kilogram, namun nilai RM dalam eksport menunjukan trend meningkat kerana hasil keluaran gaharu dari Malaysia memiliki kualiti yang tinggi mampu melonjakan harga pasaran dunia.
Subscribe to:
Posts (Atom)