Sunday, 27 December 2015

Gaharu No.1 Di Dunia Aquilaria Malaccensis

Gaharu berasal dari perkataan sanskrit iaitu 'agaru' yang bermaksud kayu berat (tenggelam) pokok ini mengeluarkan damar atau resin yang mempunyai aroma yang sangat harum apabila dibakar. Gaharu dikenali dengan lebih dari 20 nama seperti agaru, aloewood, agar wood, eagle wood, chen xiang, oud dan lain-lain. Tetapi lebih dikenali dipasaran adalah agarwood, aloewood atau eagle wood. Di negara-negara Asian terdapat lebih kurang 15 spesis gaharu yang dikenali, tetapi yang paling popular berkaitan dengan gaharu adalah spesis Aquilaria malaccensis, daripada famili Thymeleaceae.

Aquilaria malaccensis merupakan spesis yang sangat ideal ditanam di Malaysia, di Sabah penanam plot gaharu telah mula dilaksanakan pada tahun 1990 oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sabah. Hasil penyelidikan sepanjang tempoh 17 tahun, spesis ini telah mencapai ketinggian 13.58 meter dengan diameter 19.94 cm. Diameter ukur lilit direkodkan sepanjang 1.25 cm dan ketinggian telah mencapai 0.85 meter per tahun.

Gaharu juga dikenali sebagai “Black Gold” salah satu pokok yang termahal didunia, bagi masyarakat China mempercayai dengan memeluk pokok gaharu akan membawa tuah kepada mereka kerana wangian pokok gaharu adalah wangian daripada syurga, manakala dalam perubatan Islam, kayu gaharu dikatakan mampu mengubati banyak penyakit seperti sakit kerongkong, demam campak, penyakit kuning dan sebagainya.

Resin yang dihasilkan oleh pokok Aquilaria malaccensis mempunyai pelbagai kegunaan dan memiliki tambah nilai yang tinggi. Secara tradisional gaharu digunakan untuk pati minyak wangi atau upacara keagamaan, namun kini hasil daripada R&D yang dilakukan, setiap bahagian pokok gaharu memiliki khasiat yang luar biasa, daun gaharu yang diekstrak diproses menjadi minuman berkhasiat dalam memulihkan stress, sembelit, mengurangkan kolestrol, sukar tidur (insomnia) dan anti oksidan.


Potensi gaharu pada masa akan datang amat cerah berdasarkan statistik eksport Malaysia pada tahun 2013, nilai eksport bagi produk Karas dan Gaharu mencatat RM 23.32 juta.  RM 20.8 juta adalah daripada produk Gaharu berupa woodchips/woodblock dan Pati Minyak Gaharu sebanyak RM2.25 juta. Manakala dalam nilai isipadu pada tahun 2013 berjumlah 199,583 kilogram menunjukkan penurunan sebanyak 0.2 peratus berbanding tahun 2012 dengan jumlah 199,999 kilogram.  Walaupun terdapat penurunan jumlah kilogram, namun nilai RM dalam eksport menunjukan trend meningkat kerana hasil keluaran gaharu dari Malaysia memiliki kualiti yang tinggi mampu melonjakan harga pasaran dunia.

No comments:

Post a Comment